Sunday 13 February 2011

"TENANG"

sesungguhnya suatu yang selalunya tenang ada masanya akan menjadi tak tenang.
itulah TENANG yang akan diserbu oleh pelbagai lapisan dari pelbagai kelompok masyarakat, pelbagai warna kulit dan pelbagai pegangan ideologi....baik 220111 atau 300111.
kira-kira 50 tahun yang lalu di sinilah aku dilahirkan. di sebuah perkampungan yang tiada apa-apa kemudahan asas pada ketika itu kecuali jalan tanah merah dan basikal yang mejadi kenderaan penduduk. sawah, kebun getah dan dusun buah-buahan adalah latarbelakang yang melingkari kampung yang dengan sendirinya dapat menggambarkan aktiviti ekonomi penduduknya.
tiada air paip juga elektrik sehinggalah kepertengahan 70an dan kepenghujung 89 kini tiba-tiba TENANG menjadi sebutan ramai di seluruh "dunia" politik tanahair.

No comments:

Post a Comment